Thursday, July 3, 2014

Situation..

Sometimes all you want to do is stay. But at some other time you want to go far away. Regardless of what you are feeling right now and then, your heart is fully content of him, being with him, do things with him, all and everything about him days and nights, minutes and seconds.

But sometime things just gets into your way and make it hard. Even harder its something that you cant ever against it no matter how much you wanted to.

For someone like me, a person who only matters other people hearts rather than her ownself, finds its a difficult situation. Apparently she can just agree but instead she is not selfish. Again she put aside her heart and feelings and put that person she like so much primarily.

Just why things are not going as planned? Sigh...

Wednesday, February 6, 2013

Satu Kisah, Satu Perasaan, Satu Cerita...

Satu kisah yang tak terungkai. Satu perasaan yang tak terungkap. Satu cerita yang tak terluah.

Suatu Kisah..

Kebelakangan ini seperti ada suara yang membisik. Apa yang dibisikkan tidak ku pasti butirannya. Suatu yang pasti, hati seperti di sakiti walau tiada pelakunya. Pelik sememangnya pelik. Mengapa ini harus terjadi. Aku ingin meninggalkan semua ini. Aku tak ingin dibelenggu masalah seperti ini.

Suatu Perasaan..

Perasaan itu sungguh aneh. Perasaan itu tidak berapa ku mengerti. Tatkala melihat terus ke wajah kesayangan ku, Timbul satu perasaan bahagia, terharu, sendu, sebak, sedih, perit dan tatkala itu juga senyuman yang akhirnya terlakar di bibir. Mungkin dengan adanya wajah itu, hati ini rasa selamat, terpelihara, dilindungi dan dikasihi. Kalau itu hakikat yang sebenarnya, mengapa harus ada rasa yang berbaur negatif? Perasaan inilah yang tak terungkap. Perasaan inilah yang menyeksa batin. Perasaan inilah yang menyebabkan titisan air jernih semakin kerap menjadi teman dikala malam melabuhkan tirainya. Semakin mengeruhkan lagi pabila sebabnya juga tidak ku tahu. Ibarat tergapai mencari sesuatu yang tak pasti tetapi telah ditusuk dengan belati yang tajam didalam kesamaran cahaya itu.

Suatu Cerita..

Cerita.. Ceritakan apa sahaja. Dari saat pertama hati terusik, hinggalah ke saat ini. Aku bahagia. Cukup bahagia. Aku derita. Kau tutup derita ku dengan cinta mu. Aku menangis. Kau seka tangisan ku dengan kasih sayang mu. Apa lagi yang tak terluah? Kau beri segala yang aku inginkan. Ya, aku bersyukur. Tapi disebalik semua ini, ada satu cerita yang aku sendiri cuba untuk menyusun kepingan2 yang hilang agar dapat ku ceritakan apa yang tersirat. Sehingga saat itu, saat yang aku sendiri tidak pasti kapan tibanya waktu itu, ku berharap agar kau terus menjadi peneman jasad dan roh ini. Doaku, semoga ia berkekalan hingga ke akhir waktu.




Wednesday, November 21, 2012

Hilang Kamu, Lumpuh lah Aku..

Kau menerima saat diri ini benar benar merasakan tidak layak untuk mu. Kerana penerimaan itu aku berani mengatur langkah tanpa ada yang diselindung lagi. Kerana itu juga aku berupaya menganyam bahagia tatkala dengan mu. Andai suatu saat nanti aku alpa dan lalai akan kesetiaan ku pada dirimu, aku mohon ingatkan aku, sedarkan aku. Jangan sekalipun kau biarkan aku terus lalai kerana hanya kamu yang mengerti dan bakal mengerti aku dengan lebih dalam lagi.

Mengapa dan kenapa aku menghargai dan menyanyangi mu sebegitu luhur?

Buat pengetahuan mu, sebelum ini, setiap langkah yang ku atur bersama mu terasa kosong dan penuh keraguan. Keliru dengan segala yang mendatang. Tapi kini, semua itu telah ku buang jauh kerana kau telah menerima diri ini seadanya dan menjadi tulang belakang ku dalam meniti perjalanan hidup yang penuh onak dan ranjau.

Hanya satu yang ku pinta, teruskan menjadi tulang belakang ku, hilang kamu, maka lumpuh lah aku.


Aku hanya insan biasa yang ingin merasakan nikmat bahagia yang ku impikan selama ini. Aku mengharapkan hujan kehidupanku akan berlalu dan muncul lah sang pelangi indah membasuh duka yang selama ini membelenggu setiap langkah perjalananku -Eeka Zahari

P/s: Terima kasih. Pengorbanan mu akan ku semai dengan ketulusan hati. Akan ku ingat dan ku kenang hingga roh pinjaman Yang Esa ini terpisah dari jasad.

Monday, November 12, 2012

‎~ Lelaki & Perempuan ~

Perempuan : "Aku selalu dipeluk Lelaki lain".
Lelaki : "Dan aku adalah Lelaki yang akan memelukmu dengan kasih sayang".

Perempuan : "You are not my FIRST kiss".
Lelaki : "And You are my First Kiss".

Perempuan : "Ramai Lelaki pernah menyentuh tubuhku".
Lelaki itu dengan sabarnya mengatakan: "Yang ingin aku sentuh adalah hatimu".

Perempuan : "Pernah ada Lelaki yang menganggapku sebagai pelacur".
Lelaki itu menatapnya : "Dan aku menganggapmu begitu baik, suci tak dinodai".

Perempuan itu menangis sambil tersenyum dan berkata: "Aku tak sesuai untuk dicintai oleh Mu !! Aku tak cantik !!".

Lelaki itu menatap matanya dalam², sambil tersenyum dan
berkata: "Aku bukan Lelaki yang mencintai kecantikkan mu, tapi yang aku cintai adalah hatimu, sepenuhnya kerana Allah..''

Ini namanya cinta itu kerana Allah.

Sunday, November 11, 2012

Jalan Kembali

Hidup ni tak selalunya indah. Kadang2 kita merasa nikmat dan bahagia nya kehidupan. Kadang2 jugak kita merasa pahit dan perit nya kehidupan. Ada orang yang hidupnya lebih banyak bahagia dari duka. Tu semua bahagian masing2. Bagi yang merasa pahit nya kehidupan tu, kadang2 diorang ni cuba untuk melupakan kedukaan tu so that boleh teruskan hidup dengan tak dibelenggu rasa duka tu.

Memang betul, kalau diteliti orang yg ada kisah hidup yg dirundung pilu dan keperitan ni kita tak nampak secara zahirnya yang diorang ni menanggung beban yg amat berat. Kenapa? Diorang ni pun nak juga rasa gembira, bahagia, dan lupakan masalah diorang tu walaupun untuk seketika. Mungkin juga ada sesetengah yg tak suka meraih simpati orang. Mungkin juga ada yang takut diri dipinggirkan orang yg tersayang dan tak diterima khalayak. Kasihankan?

Memang lumrah manusia menghakimi sebelum menilai. Even in the law court pun lawyer ada yang bias. Bagi manusia yg boleh menerima mereka yg ada masa lampau yg penuh dosa dan noda, Subhanallah, mulianya hati seorang manusia tu. Cuma Allah je yg dapat membalas hati mereka yg mulia ni. Hmm, I’m not saying that yang tak boleh terima tu tak mulia hati mereka, Astaghfirullah, who am I to judge.. mungkin mereka tidak dapat terima disebabkan tak sedia barangkali. Ataupun mereka terlalu terkejut dengan apa yg mereka dapat tahu. Wallahualam, Cuma Allah yang Maha Mengetahui.

Allahu Rabbi, kita Cuma manusia biasa, mereka yang have a dark past pun manusia juga. Setiap manusia ada melakukan kesilapan. Kesilapan yg dilakukan tu yg membezakan bahagian mereka. Kalau takda yg boleh menerima mereka siapa lagi? Kalau bukan mereka yg masih dijalan yg benar ni nak bimbing mereka siapa lagi? Why dun you people try letakkan diri dalam diri mereka ni. Cuba selami hati mereka ni. They wanted the feel of acceptance no matter who they are before. Sebab tu laa kadang2 ada yg dah berubah, kembali balik ke jalan hitam. Kita tak boleh nak put the blame totally dekat mereka ni. Cuba fikir balik, waktu diorang nak berubah, ada sesiapa yg nak terima? Ada ke yg nak bimbing diorang? Takde kan? Manusia yg mcm ni, mereka masih lagi terumbang-ambing, mereka perlukan nakhoda untuk bawa mereka ke jalan yg lurus. Kalau tak, sangat mudah untuk mereka terpesong kembali.

Ramai yg kat luar tu hidup dalam kegelapan, hilang diri sendiri, tak nampak masa depan yg pasti, sukar untuk melangkah ke depan. Mungkin mereka tak berkata-kata, tapi suara isi hati mereka yg berharap agar masih ada sinar dan orang yg ingin menerima mereka terutamanya orang-orang yg mereka sayang. Oleh itu, sebelum korang ambil keputusan dan menilai, think all over again. Kalau sebelum mengetahui kisah hidup mereka ni you people boleh mendampingi mereka, rasa yg mereka ni baik sangat-sangat, kenapa setelah mengetahui kisah mereka korang terus fikir yang diorang ni tak layak diberi peluang kedua, sedangkan korang dah lama kenal diorang ni, even nilai diorang ni sangat baik. Ingatlah, mereka yg korang rasa baik tu adalah diri mereka yang sekarang, yg dah melalui fasa perubahan. Jangan disebabkan nila yg setitik,kisah bertahun lama tu dah tersingkap, terus korang judge diorang ni in a whole negative way. That’s so wrong people. That’s just so wrong.

Think about it before doing any judgement. Sometimes they actually taknak pun bagitahu kisah diorang tu, but they are just trying to be honest to their companion and friends because they trust them. Unfortunately, the worst case is that their honesty was taken the other way around. It’s just another heartbreaking moment of their life. If I am in their shoe, hati yg hancur, perit, sakit, pedih Tuhan je yang tahu. Perasaan ditinggalkan tu umpama that’s the end of your living carrier. Lebih2 lagi being left by the person you love and trust. The feeling are just off caption.

Bagi peluang pada mereka ni, bagi ruang untuk mereka terus hidup mcm manusia biasa. They also have the right to live happily in this holy world owned by The Merciful, Allah swt.

P/s: Maaf andai ada terkasar bahasa dalam entry kalini. Sesungguhnya yang buruk itu dtg dari saya, dan yang baik2 itu datangnya dari Allah swt. =)

Monday, October 22, 2012

Antara Gitar dan Puisi

Disaat petikan gitarmu mengiringi bait puisiku,
Tiada saat yang lebih indah daripada saat itu,

Meski kini kau telah pergi tuk menggapai citamu,
Tidak pernah ku lupa irama petikan gitarmu itu,

Kini aku dan puisiku dihimpit sepi yang menyeksakan.

Ku pasti di suatu saat dan ketika
Kau akan kembali ke sisiku

Dan petikan gitarmu akan kembali mengiringi,
Puisi-puisiku yang lama menyepi bergema kembali.

Sesungguhnya kekasih,
Kehadiranmu dan petikan gitarmu,

Aku dan bait-bait puisiku,
Tidak bisa dipisah ruang dan waktu.

Its All About Love


Love...
Cinta...

Everyone experienced love. People smile coz of love, Cry coz of love, Die coz of love, and Live for love. Love is too subjective, kita dapat rasa tapi nak menyentuh sesuatu yang dinamakan cinta itu amat mustahil kan? Cuba sekali kita kehilangan sesuatu yang dinamakan cinta, sakit nya amat dirasai bagai belati yg menusuk. Misteri cinta. Tak dapat dibuktikan kewujudannya, tak dapat dilihat lahiriahnya. Tapi pada zahirnya ia ada dan meninggalkan kesan yg amat mendalam pada setiap individu.

Ada yang percaya adanya cinta, ada jugak yang takde faith langsung on love. Tapi for me, Love is everywhere, Cinta pada family, Allah swt, Rasul. Semua tu cinta kan. Jangan disalah erti kan the true meaning of love. Dan jangan sesekali be in denial when your love between you and your partner comes to an end road. Remember, there's always an endless love for you if you aware of its presence.

For me, Cinta itu perit, Cinta itu sakit, Cinta itu mampu membuat ku hilang arah hilang punca. Hidup dalam kegelapan. Hidup dalam penyesalan. But no matter how hard it is, i try not to give up on love. I know there's still someone somewhere out there can give me the purest of love i wanted. Aku inginkan seseorang yang boleh menerima kekurangan yang ada pada diri ini. I have faith in Allah swt that he will send me one person who can treasure me, love me, pamper me, care for me, protect me each and everytime of his life.

Well, i guess Allah sent me one. I really hope he is the person. He is the one. I hope he can show me erti sebenar benar cinta. I really hope he can stay no matter how hard things could be, no matter how serious a situation can be, and no matter how bad i used to be. One day dia akan kecewa dengan aku. Tapi aku berani berjanji, yang aku akan tebus kembali kekecewaan tersebut andai diberi peluang. Thats why I hope he can accept me for who i am today, and be with me through good or bad.

I'm happy enough for now, Thanks Allah for the greatest gift. So, memang betul, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran yg dijanjikan Allah swt. And i believe, kerana Cinta Allah lah yang membawa Cinta itu kepada ku. Cinta yang telah lama ku dambakan. Semuanya kerana Allah. Dan kini i'll just wait for the moment where he'll do his vow to take me as his one and only for the rest of his life. "Aku Terima Nikahnya.." p/s: acah acah baru lepas tgk cerita ni tadi. hehehe.

Littlest that i know, We are like dominoes. I fall for You and You fall for me. Forever and Always.

Hearts and Kisses to my Hero Malaya. Terima kasih kerana sudi menerima cinta dan kasih sayang yang dihulurkan. And thanks for making me feel like I'm the Lucky One =)