Ketika kakimu melangkah jauh dariku
Tahukah dikau….
Duniaku seakan kelam dan gelap
Tiada lagi cahaya menyinari hidupku
Hilang sudah hilai tawa mesramu
Tahukah dikau….
Kau pergi meninggalkan 1001 memori
Buat ku meneruskan perjuangan ini
Ketahuilah….
Janji yang terpatri antara kita masih ku teruskan
Janji untuk bersama mengecapi kejayaan
Sahabatku…
Pergimu… demi mengejar cita-cita
Pergimu… ku iringi doa
Pergimu… ku titipkan pesanan tulus ikhlas
Buatmu insan yang bergelar sahabat.
No comments:
Post a Comment
leave some love