Monday, May 21, 2012

Towards Happiness in Islam

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
( Surah Az-Zumar : 10)

Resipi menuju kebahagian itu konsepnya sama dengan mujahadah dalam perjuangan. Tatkala hidup inginkan keredhaan semakin itulah diri kuat diduga. Semua itu adalah kerana Allah ingin mematangkan kita dengan setiap dugaan tadi. Dakwah nabi dan para sahabat juga penuh dengan ranjau yang berduri. Bersusah payah demi islam tercinta sehingga sanggup mengorbankan nyawa di medan perang antara ujian untuk para kekasih Allah.

Mereka tahu islam akan bertapak di dunia dengan penuh gemilang, meraka yakin kemenangan telah dijanjikan dalam al-quran tetapi masih kuat berusaha untuk menempuh setiap ujian yang diberikan. Semuanya hanya kerana mereka yakin dengan satu perkara. Yakin bahawa resipi untuk bertemu kemenangan dan kebahagian hanya dengan menyusuri kesukaran pada mulanya.

Jangan sesekali berasa kecewa apabila ianya tidak berakhir dengan keinginan hati. Sebaliknya bangunlah dari terus dihimpit dengan kesesalan yang sia-sia. Terimalah setiap takdir dengan hati yang terbuka. Walaupun setiap perkara telah diusahakan namun bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan demi mencapai "status" hubungan yang diredhai Syarak. Musyawarah diantara kedua-dua belah pihak amat digalakkan bagi mengelakkan rasa kurang senang dan sifat dendam. Sebaik-baiknya Musyawarah dilakukan dengan pembabitan orang tua kedua-dua belah pihak. Lebih manis dan barakah, sudah pasti dihiasi dengan rahmat dari Allah.

Hakikat diuji dengan dugaan sememangnya menyakitkan, Ianya menyakitkan buat jiwa yang tidak mengerti erti syukur. Allah menguji tanda sayang, tanda kita dalam perhatian , Jadi andai kemahuan kita tidak ditunaikan tidak semestinya doa tidak dimakbulkan. Sebaliknya mungkin kita terlalu tergesa-gesa dalam mencapai impian ,sedangkan diri masih belum terkial-kial untuk mengharungi langkah seterusnya tanpa sebarang persediaan. Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, May 16, 2012

Cinta Abadi

Mencari cinta yang sejati itu tidak mudah,
Menggali pertemuan dengan cinta yang hakiki itu amat payah,
Pengorbanan mesti disemai untuk mujahadah,
Perjuangan yang akan mengajar kita erti penat lelah.

Kerana Matlamat Sebuah Cinta Abadi Hanya Ada Pada Allah..

ISTIQAMAHLAH dalam memperbaiki diri ke arah yang LEBIH BAIK, utamakan PANDANGAN ALLAH daripada pandangan manusia. Kerana sebaik-baik PENILAIAN hanyalah datang dari Allah. (=

Saturday, May 12, 2012

Any Title You Wish For

Isn't it ironic? We ignore the ones who adore us, adore the ones who ignore us, love the ones who hurt us and hurt the ones that love us.
(Creds to JuuRazak for the statement)

Hmmm,, ironic it is right. Kuasa Allah semua tu. Dia buat kita belajar erti kasih, usaha, sedih, cinta, sakit, keliru dan akhirnya kita akan kembali bersujud padaNya meminta pertolongan dan petunjuk juga ketenangan. InsyaAllah, andai ada usaha He promise us a good return. and if kita tak dapat ape yg kita hajatkan, He already prepare better things for us.

Apa yg ingin dicoretkan hari ni bukan berkisarkan statement diatas, tp sesuatu yg related to it. Iaitu tentang kebesaran dan kasihnya Allah swt kpd umatNya, dan juga peranan kita sbg khalifah di muka bumi ini. Have fun reading, cuz its fun sharing it.

Subhanallah, begitu besar kuasa Allah kan. Selepas berkali disakiti and i endure it, Allah memberikan secebis kebahagiaan setelah itu. Samada kebahagiaan itu berkekalan atau tidak terserah padaNya. Bersyukur itu harus kita lakukan andai kita senang dgn anugerah Allah,namun, andai ia diberikan dlm bentuk kesukaran atau ujian, hendaklah kita redha. InsyaAllah, setelah menelan kepahitan kita akan diberi merasa kemanisan hidup dan proses itu berulang umpama roda. Tidak kiralah dalam situasi apa sekalipun, sukar mana sekalipun, don't ever quit. Allah sama sekali tidak akan membantu org yg berputus asa. Kita usaha, kita terima ape yg diberikan, dan kita lalui semua ujian dengan IKHLAS. Sukar untuk meng-ikhlas-kan hati, tapi untuk pasrah dgn sesuatu perkara amat mudah. Even I usually pasrah. Tapi dlm kepasrahan tu i'll try my very best to ikhlaskan hati supaya i can redha dengan apa yg dilalui. Plus, i'll feel stronger then yesterday.

_REDHA itu IKHLAS, PASRAH itu MENYERAH_ renung-renungkan (=