Wednesday, November 21, 2012

Hilang Kamu, Lumpuh lah Aku..

Kau menerima saat diri ini benar benar merasakan tidak layak untuk mu. Kerana penerimaan itu aku berani mengatur langkah tanpa ada yang diselindung lagi. Kerana itu juga aku berupaya menganyam bahagia tatkala dengan mu. Andai suatu saat nanti aku alpa dan lalai akan kesetiaan ku pada dirimu, aku mohon ingatkan aku, sedarkan aku. Jangan sekalipun kau biarkan aku terus lalai kerana hanya kamu yang mengerti dan bakal mengerti aku dengan lebih dalam lagi.

Mengapa dan kenapa aku menghargai dan menyanyangi mu sebegitu luhur?

Buat pengetahuan mu, sebelum ini, setiap langkah yang ku atur bersama mu terasa kosong dan penuh keraguan. Keliru dengan segala yang mendatang. Tapi kini, semua itu telah ku buang jauh kerana kau telah menerima diri ini seadanya dan menjadi tulang belakang ku dalam meniti perjalanan hidup yang penuh onak dan ranjau.

Hanya satu yang ku pinta, teruskan menjadi tulang belakang ku, hilang kamu, maka lumpuh lah aku.


Aku hanya insan biasa yang ingin merasakan nikmat bahagia yang ku impikan selama ini. Aku mengharapkan hujan kehidupanku akan berlalu dan muncul lah sang pelangi indah membasuh duka yang selama ini membelenggu setiap langkah perjalananku -Eeka Zahari

P/s: Terima kasih. Pengorbanan mu akan ku semai dengan ketulusan hati. Akan ku ingat dan ku kenang hingga roh pinjaman Yang Esa ini terpisah dari jasad.

No comments:

Post a Comment

leave some love